Visit Lelong

Wanita Cantik Pakistan Jadi Mangsa Simbah Asid

Wajah Shama selepas disimbah asid. Gambar kecil - Wajah Shama sebelum tragedi yang meragut kecantikkan dan seluruh kehidupannya.

Seiring dengan namanya, Shama yang bermaksud ‘lilin’, wanita malang ini telah disimbah asid sehingga wajahnya berparut dengan 15 peratus badannya terbakar bagaikan sebatang lilin oleh suaminya sendiri hanya kerana tidak berpuas hati ketika bertengkar.

Kini, ibu muda kepada empat cahaya mata itu tersenarai sebagai mangsa simbahan asid di kalangan wanita Pakistan dan menjadi mangsa kepada kecantikannya sendiri.

“Saya dan suami saya sering bertengkar di rumah. Pada hari itu sebelum tidur suami saya berkata,’anda terlalu bangga dengan kecantikan anda'. Kemudian, di tengah malam, tiba-tiba dia menyimbah asid ke badan saya dan melarikan diri," katanya ketika ditemui wartawan di hospital

Lebih parah lagi kata Shama, suaminya turut membawa telefon bimbitnya ketika melarikan diri supaya wanita malang itu tidak dapat membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan.

Sedangkan, empat bulan lalu, wanita malang yang mempunyai raut wajah yang jelita itu sedang menikmati kehidupan yang gembira ketika sambutan hari lahir anaknya tetapi kini semuanya tersimpan dalam lipatan sejarah sehingga menyebabkan keyakinan dirinya terlupus.

“Apa yang berlaku benar-benar melukakan hati saya,” katanya dipetik BBC baru-baru ini.

“Saya berasa sakit pada apa yang saya, dan apa yang saya telah menjadi," katanya, dengan air mata pemburuan arnab pipi Scorched beliau.

“Semua warna telah pergi dari hidup saya. Saya rasa seperti saya mayat hidup, malah lebih teruk daripada mayat yang hidup. Saya kini seolah-olah tidak mempunyai hak untuk hidup," katanya sambil mengesat air mata.

Laporan BBC menyebut, menurut sukarelawan di Pakistan, kes-kes serangan asid bertambah di kebanyakan kawasan, walaupun tindakan undang-undang sukar diperkenalkan pada tahun lepas.
Sementara itu, satu dokumentari yang memenangi anugerah Oscar telah meletakkan jenayah itu di bawah perhatian dengan memfokuskan lebih 150 wanita mangsa simbahan asid yang dilaporkan setiap tahun.

Jenayah ini biasanya dilakukan oleh suami mangsa sendiri tetapi sehingga kini masih tiada undang-undang yang dapat memberikan wanita Pakistan keadilan.

Sementara itu, di Karachi, seorang bekas penari, Fakhra Younis turut mengalami nasib sama dengan Shama akhirnya memilih untuk mengakhiri nyawanya.

Fakhra dikatakantelah ‘mati’ dua kali. Kali pertama ketika dia disimbah asid dan kali kedua ketika dia membunuh diri di Itali bulan lalu.

Sebelum membunuh diri, gadis malang itu terpaksa menjalani hampir 40 kali pembedahan bagi mengembalikan kecantikan wajahnya namun, masih tetap gagal.

Aktivis berkata, Fakhra telah putus harapan untuk mendapatkan keadilan dan bekas suaminya yang berasal dari keluarga politik telah dibebaskan dari dituduh membuat serangan itu.

Dalam pada itu, kematian Fakhra telah menjadi tajuk utama di sini, tetapi menurut aktivis, sebaliknya mangsa sering dipulaukan.

“Hanya kira-kira 10 peratus kes seperti ini sampai ke mahkamah.

“Walaupun dalam kes-kes berprofil tinggi seperti Fakhra, terdapat pendakwaan yang dikemukakan lemah. Ada ketika, mangsa tidak dapat pun membuat laporan polis," kata Zohra Yusuf, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan.

Namun, menurut seorang bekas ahli parlimen, Marvi Memon, pesalah terpaksa berhadapan dengan kesukaran apabila undang-undang baru yang diluluskan tahun lepas menetapkan hukuman penjara 14 tahun atau hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Tetapi katanya, masih ramai penyerang masih bebas walaupun undang-undang baru itu telah dikuatkuasakan.

“Malah jika dia (penyerang) ditangkap, mereka akan merasuah polis dan mereka akan melarikan diri.

Golongan mereka berpendapat, ini adalah cara paling mudah untuk menghukum seorang wanita. Anda hanya boleh membuang asid dan memusnahkan seluruh hidupnya dalam satu saat," katanya.

Dalam pada itu, Marvi berkata, kurangnya kesungguhan ahli politik untuk melaksanakan undang-undang adalah penyebab kepada semua masalah ini.

“Saya mahu hukuman berat dijatuhkan kepada beliau supaya hukuman itu dapat memberi pengajaran kepada semua orang agar berfikir panjang sebelum melakukan sebarang jenayah.

"Amat sukar untuk mendapatkan kerjasama antara pihak polis dengan wanita kerana mereka turut tertekan untuk berbuat demikian," katanya.

Kerajaan mengakui perlu lebih banyak lagi cara dalam membantu mangsa asid dan perlaksanaan undang-undang adalah satu cabaran besar.

“Kelulusan” undang-undang adalah langkah pertama, kata Shahnaz Wazir Ali, seorang penasihat kerajaan.

Namun beliau mempersoalkan mengapa kes ini tidak mendapat keadilan dengan cepat? Inilah sebahagian yang kita perlu buat, kita perlu lebih peka dengan polis, mahkamah dan masyarakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012