SINGAPURA: Rakyat negara ini didapati
menunjukkan sikap lebih liberal dan mengambil risiko lebih besar apabila
menyentuh soal seks.
Kira-kira satu pertiga responden dalam kaji selidik berkata, mereka
percaya melakukan hubungan seks dengan seseorang yang ditemui buat kali
pertama adalah perkara biasa.
Satu lagi statistik membimbangkan ialah 27.6 peratus daripada 1,790
responden, atau seorang bagi setiap empat responden berkata, mereka
pernah melakukan hubungan seks dengan seseorang ditemui di Internet.
Kaji selidik itu yang keputusannya dikeluarkan semalam dijalankan
Persatuan Perancangan Keibubapaan Singapura (SPPA) antara Julai dan
November 2010 bagi mengetahui mengenai kesedaran kesuburuan dan amalan
seks di kalangan rakyat Singapura. Ia meminta pendapat individu antara
15 dan 66 tahun dengan kira-kira 79 peratus responden berusia 35 tahun
ke bawah.
Naib Persiden SPPA, Edward Ong berkata, terdapat peningkatan meluas
dalam bilangan orang muda melakukan hubungan seks, kebanyakannya belum
bersedia untuk berumah tangga. Sambil menekankan kebimbangan mengenai
kehamilan tidak diingini, pengguguran dan jangkitan penyakit kelamin,
Ong berkata, “perlunya kepekaan untuk kembali kepada perkara asas bagi
menyemai perlakuan seksual yang bertanggungjawab dan pencegahan
kehamilan. - AsiaOne
28% Belia Singapura Laku Seks Dengan Teman Internet
8:42 PM
RojakCampur