BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun
merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik
ibunya di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan,
wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin
terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar
anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah
AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula
berjumlah $20,000 (RM61,390).
Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi