DAVID menunjukkan bil elektrik rumahnya yang berjumlah RM8,241.55 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Seorang penduduk di Pandan Indah di sini meminta Tenaga
Nasional Berhad (TNB) membuat kiraan semula terhadap bil elektrik
rumahnya bagi bulan Mac lalu yang mencecah jumlah RM8,241.55.
Penduduk berkenaan, David Chan, 51, mendakwa, pada 17 Januari lalu, dia
menerima bil elektrik termasuk tunggakan yang berjumlah RM2,226.25.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila jumlah tersebut meningkat sehingga
mencecah RM8,241.55 apabila menerima satu lagi bil kira-kira dua bulan
kemudian.
“Mustahil bil elektrik tersebut bertambah lebih daripada RM6,000 dalam tempoh dua bulan sahaja.
“Tambahan pula saya hanya tinggal di rumah biasa bukannya kedai dan
tidak mungkin kadar elektrik saya melambung tinggi,” katanya ketika
ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.