TOKYO: Seorang lelaki yang cuba menyamun
seorang wanita terpaksa melarikan diri tanpa memperoleh apa-apa apabila
dicederakan mangsanya.
Lebih malang lagi, dia kehilangan satu jari selepas wanita terbabit menggigit hingga putus jari kelengkengnya.
Wanita berusia 59 tahun itu melawan selepas lelaki berkenaan meragut beg
tangannya sebaik dia tiba di apartmennya di Sapporo, utara Jepun.
Wanita itu mengejar penyerangnya yang melarikan diri dengan basikal,
menarik beg tangannya daripada genggaman penyamun itu dan menggigit
jarinya.
“Mangsa mendapat semula begnya selepas bergelut sementara sebahagian
jari kelengkeng lelaki itu putus sebelum dia melarikan diri dengan
basikal,” kata jurucakap polis tempatan.
Media tempatan melaporkan, jari yang menurut wanita itu dari tangan kanan lelaki itu, ditemui di tempat kejadian. - AFP