Visit Lelong

Bangunan Melengkung Dibuka Untuk Jualan

Kediaman bersejarah berbentuk melengkung di kawasan Somerset Place, Bath, dijangka dijual pada harga RM250 juta. - AGENSI

BATH, United Kingdom 31 Mei - Buat kali pertama dalam tempoh 200 tahun, sebuah bangunan kediaman bersejarah berbentuk melengkung di kawasan Somerset Place, Bath, di sini akan dijual dengan harga dianggarkan mencecah 50 juta pound (RM250 juta).

Mengikut fakta sejarah, bangunan kediaman tersebut hampir tidak dibina kerana kekurangan dana ketika Perang Napoleon meletus dan pernah terselamat dalam serangan bom ketika Perang Dunia Kedua.

Pada 2010, Royal Crescent iaitu unit yang paling popular di antara bangunan tersebut berada di tempat kedua dalam carian Google bagi anugerah 'kawasan dengan suasana paling menarik di Britain', tewas kepada The Shambles, yang terletak di York.

Untuk itu, ejen hartanah Savills kini mula memasarkan 29 kediaman pada bangunan bersejarah tersebut, namun ia terlebih dahulu akan menjalani projek pemulihan yang dijangka siap menjelang 2014.

Sebahagian daripada sembilan kediaman individu pada bangunan lima tingkat itu sudah dijual pada harga antara 2 juta pound (RM10 juta) hingga 3 juta pound (RM15 juta) dan terdapat lagi 20 unit pangsapuri yang masih tinggal.

Bangunan bersejarah Somerset Place dibina antara 1790 dan 1820. Ia kali terakhir digunakan sebagai Universiti Bath Spa, sebelum dibeli oleh Tabung Pemilikan Warisan Aset Ikonik Strategik, Februari lalu.

Savills berkata, bangunan berbentuk melengkung itu kaya dengan nilai binaan bersejarah termasuk kerja-kerja lepa mengikut kepakaran Georgia asli, tempat pendiang api dan beberapa seni bina halus yang lain.

Kawasan Bath pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987 dan menarik lebih sejuta pengunjung yang menempah untuk menginap di situ serta 3.8 juta pengunjung harian setiap tahun yang ingin melihat keindahannya yang terkenal dengan keunikan mata air The Great Bath, di Roman Baths.

Keseluruhan binaan bangunan tersebut menggunakan batu berwarna krim keemasan yang diambil dari kawasan kuari berdekatan Combe Down dan Bathampton Down. - AGENSI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012