Visit Lelong

Datuk & Cucu Mati Terkena Renjatan Elektrik

JAKARTA: Mayat lelaki berusia 58 tahun dan cucu lelakinya berusia 15 tahun ditemui terapung di kolam ikan di hadapan rumah mereka di Kampung Sidomulyo, Wonosobo di Tengah Jawa, semalam.

Mereka dipercayai meninggal dunia akibat terkena renjatan ketika membaiki wayar elektrik di rumah mereka.
Seorang saksi yang juga jiran mangsa, Ester, berkata, kejadian itu berlaku ketika remaja itu Armando Gamalael, yang baru saja selesai Peperiksaan Kebangsaan hendak membersihkan kolam ikan manakala datuknya Bintoro, membaiki wayar elektrik, berdekatan.

“Tiba-tiba Armando menjerit kerana renjatan. Bintoro cuba untuk membantu cucunya tetapi kedua-duanya terkena renjatan elektrik dan mati serta-merta di tempat kejadian,” katanya. - Kompas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012