HARARE: Seorang wanita mati dibaham seekor buaya di depan anaknya yang berusia belasan tahun ketika dia menangkap ikan.
Jestina Mutare, 33, berdiri di dalam sungai berhampiran kediamannya apabila haiwan berkenaan itu menerkam dan mengheretnya ke kawasan air dalam.
Jestina Mutare, 33, berdiri di dalam sungai berhampiran kediamannya apabila haiwan berkenaan itu menerkam dan mengheretnya ke kawasan air dalam.
Anak lelakinya yang berusia 17 tahun tergamam ketakutan ketika buaya itu menyerang ibunya, menurut laporan akhbar The Herald.
Jurucakap polis, Tineyi Matake mengesahkan, anggota tubuh mangsa ditemui terapung di sungai berkenaan selepas kejadian.
“Jestina sedang menangkap ikan apabila diserang oleh seekor buaya yang kemudian mengheretnya ke kawasan air dalam.
“Mayatnya ditemui di sungai itu oleh penduduk kampung yang berjaya mengusir reptilia berkenaan,” kata Matake.
Menurut laporan, anak mangsa berada bersama-samanya di dalam sungai itu.
Mereka menangkap ikan di empangan sepanjang Sungai Nyazvidzi River berhampiran bandar Gutu, selatan Zimbabwe.
Remaja berkenaan yang ketakutan hanya berada beberapa meter saja ketika buaya itu mengheret ibunya ke dalam air.
Dia meluru naik ke tebing dan berlari untuk memberitahu penduduk kampung.
Mereka berjaya mengusir buaya itu tetapi sudah terlambat untuk menyelamatkan Jestina.
Polis memberi amaran kepada penduduk kampung supaya mengelak menangkap ikan di sungai yang penuh dengan buaya. - Agensi