STOCKHOLM: Seorang profesor yang percaya
isteri mudanya ada hubungan sulit, dikatakan memotong bibir isterinya
dan memakannya kerana cemburu.
Akhbar Sweden, Aftonbladet memetik sumber terdekat dalam kes itu sebagai
berkata, “dia memotong bibir isterinya dan memakannya.”
Kata sumber itu, “ Dia tidak menyesal dengan perbuatannya. Dia fikir isterinya itu yang menyakiti hatinya.”
Laporan itu berkata, lelaki itu, yang namanya tidak didedahkan, seorang
profesor madya di Institut Karolinska yang terkenal, dilaporkan ditahan
kerana disyaki cuba membunuh.
Peguam wanita itu, Ingela Ekman Hessius berkata, “Sudah tentu wanita itu
tidak dalam keadaan baik sama ada secara psikologi ataupun fizikal.”
Peguam itu yang berada di mahkamah semalam, memberitahu akhbar itu
kliennya mengalami “kecederaan parah. Doktor belum memberitahu sama ada
mereka boleh memulihkannya atau tidak.”
Penyerangnya yang kini diarahkan melakukan ujian psikiatrik, dilaporkan
mempunyai beberapa orang anak dengan isteri pertama tetapi perkahwinan
mereka berakhir beberapa minggu sebelum dia mengahwini isteri keduanya
yang jauh lebih muda.
Akhbar Aftonbladet berkata, baru-baru ini dia mengesyaki isterinya
menjalinkan hubungan dan dikatakan membuat keputusan untuk menghukumnya
dengan mencacatkannya.
Sumber itu menerangkan mengapa lelaki itu memakan bibir isterinya, “Dia tidak mahu bibir isterinya dipulihkan.” - AFP