Visit Lelong

10 Sekeluarga Dirakam Curi Susu

MELAKA: Sekumpulan 10 lelaki dan wanita dipercayai daripada satu keluarga mencuri pelbagai susu formula berjenama dalam peket dan tin bernilai lebih RM1,600 dari sebuah kedai menjual ubat di Taman Cheng Baru, dekat sini.

Mereka dipercayai sudah lama melakukan perbuatan itu berdasarkan gerak-geri mereka walaupun premis berkenaan di Jalan Cheng Baru 1, di sini, dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Pemilik kedai, Robert Chong, 48, berkata kejadian berlaku jam 5.25 petang, Selasa lalu, ketika dia dan anaknya berniaga dalam kedai.

Katanya, dia mulanya tidak mengetahui perbuatan kumpulan itu sebelum meneliti CCTV dan terperanjat melihat taktik digunakan kumpulan itu yang begitu licik memperdayakannya.

“Ketika kejadian, saya dan anak lelaki bekerja sebelum datang seorang lelaki yang berpura-pura mahu membeli lampin pakai buang sebelum muncul rakan lelakinya juga mahu membeli barangan sama.

“Tidak lama kemudian, muncul enam wanita dan dua lelaki lain masuk dalam kedai kononnya mahu membeli pelbagai barang.

“Saya tidak sedap hati apabila ternampak dua lelaki mencurigakan keluar dari kedai lalu menyuruh anak mengejar mereka, tetapi gagal,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu yang ketiga berlaku di kedainya sejak mula berniaga lebih setahun lalu. “Selepas memeriksa rakaman CCTV, saya dapati 13 susu formula termasuk 11 tin berharga lebih RM129 lesap,” katanya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012