4 Sekawan Dituduh Bunuh Rakan Serumah

KUALA LUMPUR: Empat sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita yang juga teman serumah mereka, awal bulan lalu.

Semua tertuduh, Sherill Clarissa Razif, 23, Ellina Mahili, 24, Raja Nur Bahiah Raja Kamarulzaman, 23, serta seorang rakan lelaki, Huzaifah Kamal, 23 hanya mengangguk faham akan pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan niat membunuh Nor Shahirah Hassan, 26, di sebuah kondominium yang terletak di Genting Court Condo, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu 3 Februari lalu, antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Bagi tuduhan itu, keempat-empat rakan mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, hanya Sherill Clarissa yang diwakili peguam bela, Leng Wie Mun dan dia kelihatan tenang sepanjang prosiding dijalankan, manakala Ellina serta Raja Nur Bahiah menangis ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor S Chandra di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Erry Shahriman menetapkan kes disebut semula pada 19 April depan.

Harian Metro 4 Februari lalu melaporkan kematian seorang wanita 20-an yang disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012