Tanpa disedari kadang kala sesetengah tabiat seharian kita memberi kesan buruk pada kulit termasuk berjerawat, kusam dan kering tidak bermaya. Antara tabiat buruk tersebut termasuklah:
Bercakap di telefon terlalu lama
Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di sebarang tempat termasuk di tempat-tempat berdebu seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari, ia boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlalu lama. Untuk mengelakkannya, lap dulu telefon sebelum menggunakannya.
Kerap mengerutkan mata
Tabiat sesetengah daripada kita tidak gemar mengenakan kaca mata atau lensa sesentuh walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan anda mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Jika perbuatan ini berlarutan, kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua.
Penggunaan penyembur rambut (hair spray)
Banyak yang menggunakan tapak tangan untuk melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Tapak tangan tidak dapat melindungi seluruh wajah kerana partikel-partikel kecil daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada wajah yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut.
Malas mengganti sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati di wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia menebal dan timbul bakteria. Jadi, jika malas mengganti sarung bantal bermakna anda tidur di atas timbunan bakteria.
Kerap mandi air panas
Mandi air panas memang nikmat. Tapi jika terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan jadi sangat kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut.