Aurora Diamente Fountain Pen, Usd 1.47060juta. Diasaskan sejak tahun 1919, jenama Aurora merupakan perngeluar pen pertama di Itali. Dah boleh beli 18 rumah dah ni, siot jer pen ni. Pen ni bertahtahkan 30karat berlian De Beers dan badan dibuat dari platinium.
Mystery Masterpiece yang dihasilkan oleh Mont Blanc and Van Cleef & Arpels Limited Edition bernilai Usd 730 000. Kolobrasi 2 syarikat ni dengan 3 orang pakar desingner menghasilkan pen ni dengan 3 edisi iaitu emerald, sapphires dan rubies.
Caran d’Ache Gotica Pen dibuat dari 892 potongan berlian sebanyak 7.10 karat dan 72 emerald serta 72 rubie yang dinilai dengan Usd 406,453. Pen Gotica ini dibuat di China sempenan sambutan Ghotic art and architecture.
La Modernista Diamonds Pen di nilai dengan Usd 265,000. Pen ini pernah mencatat rekod pen termahal pada tahun 2001 dan di senaraikan di Guinness Book Of Records. Pen ni dibuat oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Switzerland,Caran D'ache. Pen ni berjaya dijual di sebuah lelongan.
Limited Edition Boheme Papillon Pen design sebagai tanda kagum dengan ciptaan semulajadi iaitu rama-rama dan pen ini di nilai pada harga Usd 230,410. Design dan ukiran yang cukup mengkagumkan dengan warna putih, kuning dan emas mawar bertahtahkan 1400 berlian dan sapphire.