Visit Lelong

Tidak Tidur Malam Selepas Langgar Kereta Mahal

China – Selepas hampir dua minggu tidak dapat tidur, akhirnya seorang wanita berasa lega selepas dia hanya perlu membayar sebanyak 188,000 yuan atau AS$29,800 kerana menyebabkan sebuah kereta Rolls Royce milik seorang jutawan, calar dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian pada 31 Januari lalu, wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zhu telah melanggar kereta itu dengan kereta Honda Accord.

Selepas siasatan, polis trafik mendapati wanita berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya dalam kemalangan di Wenzhou, di wilayah Zhejiang.

Walaupun kemalangan itu hanya menyebabkan pintu Rolls-Royce itu calar dan kerosakan kecil di bahagian tayar, namun apabila rakan pemilik kenderaan mewah itu datang ke tempat kejadian, dia menganggarkan sebanyak 2 juta yuan diperlukan untuk membaikinya.

Keadaan ini menyebabkan Zhu berasa bimbang walaupun kedua-dua kenderaan tersebut diinsurankan.

Memandangkan kedua-dua pemilik kenderaan itu diinsurankan di Shanghai, syarikat insurans masing-masing telah bertemu di bengkel kereta semalam bagi menyelesaikan kes itu.

Pemeriksaan mendapati tidak ada bahagian penting dalam Rolls-Royce itu yang mengalami kerosakan teruk, maka pampasan yang dipersetujui adalah 350,000 yuan dengan syarikat insurans Zhu akan membayar 162,000 manakala selebihnya dibayar Zhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012