Apakah itu ifrit diri @ syaitan diri dan juga ifrit saka dan ifrit upahan manusia dan ifrit liar dan ifrit pegawai azazil
5 jenis ifrit ini semuanya adalah warga @ bangsa ifrit yg sama tetapi berbeza dari segi sebab dan punca ia masuk kepada tubuh badan manusia ..
Ifrit Diri
Ifrit diri ini juga dikenali sebagai syaitan yg dibekalkan oleh Allah apabila seseorang manusia itu melakukan maksiat dan dosa samada yg ada hubungan dengan Allah atau yg ada hubungan dengan manusia seperti berzina , marah kepada seseorang tanpa sebab yg diharuskan syara' , melawan guru , melanggar hukum hakam syara' meninggalkan solat , melakukan dosa-dosa kecil dan besar dan macam -macam lagi .
Ifrit -ifrit ini kekal di dalam jasad manusia dan sebati dengan nafsu serta sentiasa merangsang nafsu melakukan kejahatan . cthnya apabila seseorang itu terlampau marah sehingga lupa pada tuhannya maka ketika itu lah ifrit akan masuk ke jasad manusia itu . tidak tahulah berapa banyak ifrit yg akan masuk . Ifrit- ifrit itulah yg akan menambah perisa perasaan marah yg sememangnya sudah ada pada sifat semua diri manusia . Maka selepas sahaja peristiwa itu , manusia itu akan lebih cepat naik baran @anginnya berbanding dahulu ,jika tidak dikawal maka sifat marah itu akan semakin besar dan semakin tidak terkawal . Begitulah proses bagaimana ifrit -ifrit itu masuk ke dalam diri manusia . Qiaskanlah sahaja dengan perlakuan -perlakuan dosa yg lain . Mudah cerita perlakuan dosa yg besar akan menyebabkan ifrit yg besar dan banyak akan masuk ke jasad manusia ,perlakuan dosa yg kecil ifrit yg kecil-kecil dan sedikit akan masuk ke jasad manusia pula dan begitulah prosesnya pada setiap hari .
Jangan ingat di dlm tubuh badan kita tiada unsur -unsur ifrit ,semua manusia itu ada unsur-unsur itu termasuklah yg menulis artikal ini .
Ifrit Saka
Saka terbahagi kepada 2 saka baik dan saka jahat .saka jahat lah yg wajib dibuang kerana ia boleh merosakkan keturunan manusia dengan mendorong keturunan manusia itu melakukan kejahatan . Membuang saka sangat susah ,cuma pakar sahaja yg mampu melakukannya . Saka jahat ini akan bertambah sihat dan gemuk jika jasad manusia itu melakukan dosa dan maksiat . saka jahat ini akan menjadi kurus dan sakit jika jasad manusia itu cuba melawannya dengan memperbanyakkan ketaatan kepada Allah . Saka jahat ini akan mengamuk-amuk jika kehendaknya tidak dituruti ...
Saka baik pula juga dikalangan ifrit tetapi mereka beragama Islam . Mereka ada di dalam jasad manusia .Tujuannya ialah memberi peringatan kepada jasad manusia itu supaya melakukan perintah Allah s.w.t . Saka ini dikenali sebagai saka yg menjaga keturunannya .Ia terhasil dari doa nenek moyang yg soleh-soleh mungkin tarafnya mencapai darjat wali-wali Allah s.w.t.
Saka jenis ini akan kurus dan sakit jika jasad manusia itu akan melakukan maksiat dan sering menyakiti manusia itu sehingga sedar yg jasad manusia itu telah melakukan maksiat . Mereka sering mendorong jasad itu agar berjumpa para pak kiayi supaya berubat . Bukan berubat utk membuang saka tetapi berubat utk memperhati hati yg penuh dengan dosa dan maksiat . Saka ini akan pergi sendiri jika jasad manusia itu telah mencapai taraf minimum darjat kesolehan yg gariskan oleh nenek moyangnya yg terdahulu .
Jadi mudah sahaja utk membezakan diantara saka jahat dengan saka baik ..jika jasad manusia itu melakukan maksiat dan timbul padanya perkara -perkara luar biasa maka itu adalah hasil daripada pertolongan ifit pendamping dan itulah saka yg jahat dan sebaliknya .
Ifrit Upahan
Ifrit upahan ini adalah dikenali sebagai warga jin ifrit beragama bukan Islam dan mereka sentiasa bersedia utk menghancurkan akidah dan masa depan manusia .Warga jin ifrit ini diangkat martabatnya oleh sebahagian manusia yg dikenali sebagai paranormal -paranormal sebelah alam gelap .
Sebahagian manusia yg hebat disebelah alam gelap ini bersedia berkhidmat apabila diupah dengan sekian upah yg ditetapkan oleh sebahagian manusia yg lain utk memusnahkan sebahagian manusia yg lain . Ifrit -ifrit inilah yg menjadi sebab musabab seseorang itu terkena sihir , ilmu pengasih , , santau dsb .Semua perkara itu terjadi dengan izin Allah s.w.t
Ifrit Liar
Warga ifrit liar ini adalah warga jin yg bebas tinggal di kediaman mereka dan hidup berkampung dikalangan mereka samada di hutan -hutan atau dilaut-laut atau di gua-gua dan sebagainya . Kadangkala mereka marah kepada manusia yg menceroboh tempat tinggal mereka , Lantaran itu manusia yg mencerobooh itu akan meracau dan bertindak bukan asli perangai asalnya . Ifrit ini boleh jadi beragama Islam dan boleh jadi beragama selain Islam
Ifrit Pegawai Azazil
Warga ifrit ini adalah agen azazil yg patuh dengan tuannya iaitu azazil .Ifrit ini enggan masuk ke dalam Islam walaupun dirinya sudah dikalahkan ,kerana mereka menganggap menghcurkan manusia itu adalah tugas mereka seperti tugas para rasul yg menyeru ke jalan Allah tetapi mereka menyeru ke jalan sebaliknya .
Semua ifrit yg disebutkan di atas boleh dikeluarkan dari tubuh manusia dengan izin Allah s.wt apabila ia masuk
Sumber
Warga IFRIT Yang Perlu Anda Tahu
8:51 PM
RojakCampur