Visit Lelong

Majikan Berhutang, Pekerja Pula Dibelasah

GOMBAK: Seorang kelindan lori menempuh detik cemas lebih tujuh jam apabila dibelasah sebelum dilarikan empat lelaki tidak dikenali gara-gara majikannya berhutang dengan mereka.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun menunggu majikannya di sebuah gerai makan di Batu Caves sebelum didatangi empat lelaki bertanya majikannya.

Menurut sumber, mangsa memberitahu majikannya dalam perjalanan ke gerai itu dan bertanya sebab mereka ingin berjumpa majikannya.

“Seorang daripada mereka memberitahu majikannya berhutang RM1,000 dan hingga kini belum dijelaskan.

“Mangsa memberitahu cuba menghubungi majikannya, namun belum sempat berbuat apa-apa dia dibelasah lelaki terbabit.

“Mangsa ditinggalkan di Bulatan Batu 5, Jalan Ipoh jam 6 pagi,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera di kepala dan badan meminta bantuan orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum dibawa ke klinik berhampiran.

Sebaik menerima rawatan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012