SUNGAI DUA - Hanya kerana berebut seorang remaja perempuan bawah umur, empat sahabat baik yang tinggal di Kampung Tok Adam sanggup bergaduh di sini, semalam.
Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan empat sahabat itu terpaksa bermalam dalam lokap polis selepas ditahan malah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan meringkuk di penjara dan didenda jika didapati bersalah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Zulkifli Alias berkata, remaja yang ditangkap itu berusia antara 15 hingga 19 tahun dan pergaduhan dipercayai bermula sekitar jam 10 malam semalam.
“Kejadian membabitkan dua remaja berkenaan berlaku di kawasan kampung itu pada mulanya hanya membabitkan cabar mencabar mulut apabila seorang remaja tidak berpuas hati terhadap sikap seorang rakannya yang ingin berebut teman wanitanya.
“Rakan remaja itu kemudiannya mencabar teman lelaki remaja perempuan bawah umur itu beradu kekuatan untuk membuktikan kejantanan mereka dalam usaha memikat hati remaja perempuan itu,” katanya.
Zulkifli berkata, pergaduhan yang berlaku kemudiannya merebak melibatkan campur tangan dua rakan masing-masing hingga memaksa penduduk kampung berkenaan cuba meleraikan mereka.
“Kita dimaklumkan penduduk kampung berkenaan berkaitan pergaduhan itu sebelum sepasukan pegawai polis dihantar menahan remaja terbabit.
“Bagaimanapun pergaduhan antara pasangan remaja itu tidak melibatkan penggunaan sejata berbahaya dan sebaik tiba di lokasi kejadian pihak kita berjaya menahan mereka,” katanya.
Menurutnya, empat remaja terbabit kini direman selama tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab semasa empat remaja terbabit dibawa ke mahkamah semalam.