Visit Lelong

Pemilik Restoran Tak Hirau Tembakan Penyamun

MELAKA: Bagaikan aksi dalam filem apabila seorang pemilik restoran menggadai nyawa mengejar tiga penyamun walaupun dua das tembakan dilepaskan suspek terbabit selepas menyamun restorannya di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, J Suthagar, 25, bernasib baik apabila tembakan itu tidak mengenainya.

Menurut Suthagar, kejadian berlaku selepas tiga lelaki berusia 30-an hingga 40-an itu menghampirinya ketika dia berada di dapur dan seorang daripada mereka meragut rantainya. “Seorang lagi penjenayah melepaskan tembakan menggunakan pistol sebagai amaran. Seorang lagi pergi ke kaunter dan merampas wang RM3,000.

“Kumpulan terbabit melarikan diri dengan sebuah Proton Inspira warna perak menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka, Superintendan R Gunarajan mengesahkan mengenai kejadian terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati seorang suspek yang bersenjata api itu dipercayai menggunakan peluru kapur kerana tiada kelongsong serta peluru ditemui di tempat kejadian.

“Semakan nombor pendaftaran kenderaan dinaiki suspek juga didapati palsu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan dan Seksyen 397 kanun sama kerana rompakan bersenjata,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012