Visit Lelong

Rebut Wanita Punca Amuk

SEREMBAN - Perebutan wanita dipercayai motif utama sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan parang mengamuk dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di Rumah Pangsa Lobak, di sini, pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azlay Kamaruddin berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki bernama Mani yang dicari dipercayai melarikan diri dengan teman wanita salah seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan.

“Disebabkan tidak berpuas hati, mereka mengamuk memecahkan cermin kereta penduduk di kawasan berkenaan.

“Pihak polis masih mengesan pasangan kekasih terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga telah menahan 15 lelaki berusia 22 hingga 35 tahun di sekitar daerah ini, kira-kira jam 5 pagi sehari selepas kejadian.

“Seramai 12 daripada mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dan tiga lagi dipercayai dalang utama masih ditahan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan parang mengamuk dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di rumah pangsa berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012