Visit Lelong

UK haramkan iklan L'Oreal paparkan Rachel Weisz

LONDON 1 Feb. - Iklan terbaru kosmetik L'Oreal Paris yang dibintangi pelakon, Rachel Weisz (gambar) untuk majalah didapati tidak sesuai disiarkan di United Kingdom (UK).

Iklan produk Revitalift Clinical Repair 10 itu merupakan iklan terbaru yang tidak diluluskan Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan UK (ASA).

Ia tidak diharamkan di atas alasan sama seperti iklan minyak wangi yang dibintangi pelakon muda, Dakota Fanning dan Hailee Steinfeld sebelum ini iaitu masing-masing terlalu provokatif dan membawa maksud tersirat terlalu romantik sehingga membunuh diri.

Sebaliknya, ia dilarang atas alasan sama dikenakan terhadap iklan Lancome yang dibintangi Julia Roberts dan Christy Turlington.

ASA berkata, keputusan pengharaman itu dibuat berasaskan iklan L'Oreal Paris itu 'terlalu mengelirukan' di mana produk itu yang menjanjikan pengguna akan merasai kelembutan seperti bayi.

Ahli Parlimen, Ho Swinson berkata, industri kecantikan dan pengiklanan perlu berhenti menipu pengguna dengan imej yang tidak jujur.

''Industri perlu sedar dan tidak meneruskannya ekoran pengharaman iklan seumpama ini,'' katanya.

L'Oreal yang mengaku mengubah suai iklan itu seperti semua gambar sebelum ini.

''Weisz digayakan dan disolek secara profesional dan kemudian menggunakan set studio terbaik dan perkhidmatan jurukamera profesional.

''Pencahayaan rendah digunakan untuk mengurangkan perkara tidak sempurna bagi memastikan gambar terbaik dapat dicapai,'' kata syarikat itu. - AGENSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012