Walaupun sudah memiliki saiz payudara yang besar, Nikita Mirzani masih belum puas apabila dia meluahkan hasrat untuk membesarkan payudaranya.
Janda beranak satu ini memberitahu bahawa dia teringin untuk membesarkan kembali payudaranya setelah merasakan payudaranya masih biasa.
Pelakon filem "Nenek Gayung" yang berusia 26 tahun juga behasrat untuk memiliki payudara paling besar di Jakarta sekaligus mengalahkan semua artis wanita yang ada di Indonesia.
"Saya mahukan payudara paling besar dan mengalahkan semua artis yang memiliki payudara lebih mantap dari saya," Ujar Nikita yang ditemui di Mangga Dua, Jakarta tempoh hari.
Bekas kekasih kepada Indra Birowo menjelaskan bahawa alasan dia mahu membesarkan payudaranya adalah kerana merasakan lebih berkeyakinan dan anggun apabila bertemu orang ramai.