Visit Lelong

Duda 83 Tahun Kahwin Dengan Anak Dara

TELUK INTAN: Setelah menjangkau usia 61 tahun, Cik Aminah Alias akhirnya menamatkan zaman anak daranya.

Ini selepas beliau diijabkabulkan dengan seorang duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit, kelmarin.

Pesara yang pernah bertugas sebagai pegawai pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah sekali gus menjadi ibu, nenek dan moyang, sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, lapor Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana hatinya terbuka menerima Encik Shahrin Dais, 83 tahun, sebagai suami.

Menurut Cik Aminah, masih sukar baginya menerima kenyataan bahawa beliau menjadi seorang isteri pada usia warga emas sekarang.

Beliau mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap antilelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka berkahwin.

'Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.

'Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju menjadi isterinya.' kata Cik Aminah, di majlis perkahwinannya, kelmarin.

Sementara itu, Encik Shahrin berkata beliau juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Cik Aminah di warung kopi di Kampung Balun, Februari lalu, membawa kepada perkahwinan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012