Visit Lelong

Jual Buah Pinggang Untuk Membeli iPad & iPhone

BEIJING: Pihak berkuasa telah mendakwa lima orang di bahagian tengah China kerana terlibat dalam perdagangan organ secara haram selepas seorang remaja menjual satu buah pinggangnya untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone dan iPad.

Agensi Berita Rasmi Xinhua berkata pendakwaraya di bandar Chenzhou mendakwa suspek atas tuduhan berniat mencederakan yang disengajakan dengan pemindahan buah pinggang daripada pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun.

Menurut Xinhua lewat kelmarin, defendan termasuklah seorang pakar bedah, kontraktor hospital tempatan, dan broker yang mencari penderma dalam talian dan bilik operasi untuk menjalankan prosedur.

Tambahnya, kira-kira 1.5 juta orang di China perlu pemindahan, tetapi hanya sekitar 10,000 pemindahan dilakukan setiap tahun, menyebabkan perdagangan organ haram.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012