Visit Lelong

Megan Fox Hamil

AKTRES berusia 25 tahun dikatakan hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan Brian Austin Green dan pasangan itu terlalu gembira dengan berita yang diterima.

Satu sumber berkata: “Mereka baru saja mengetahuinya dan pasangan itu terlalu gembira.”

Megan dan Brian, 38, hanya memberitahu khabar gembira itu kepada anggota keluarga dan rakan terdekat tetapi sukar menyembunyikannya kerana terlalu teruja untuk menimang cahaya mata.

Tambah sumber itu lagi, “Megan ibu tiri yang baik dan Brian tahu dia akan menjadi ibu yang baik untuk bayi mereka.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia semakin matang... keluarga menjadi keutamaannya.”

Megan dan Brian berkahwin pada Jun 2010 di Resort Four Season di Hawaii.

Mereka bertemu buat pertama kali pada 2004 di set penggambaran Hope & Faith dan bertunang dua tahun kemudian tetapi putus awal 2009.

Pasangan itu menjalinkan hubungan mereka kembali dan bertunang sekali lagi pada Jun 2010 dan terus berkahwin.

Beberapa akhbar hiburan berusaha menghubungi wakil pasangan itu untuk mendapatkan kenyataan mereka tetapi masih belum berjaya.

Sementara itu, dalam laporan lain, aktres berusia 25 tahun itu mengaku dia seronok menjadi wanita jelita.

Katanya: “Kehidupan saya baik kerana imej saya. Saya tak boleh merungut. Saya takkan menukar tempat dengan seorang gadis yang tidak cantik.”

Namun begitu, bintang ‘Transformers’ ini menekankan dia kadang-kadang tidak dapat melihat gambar dirinya sendiri.

Dia memberitahu majalah Perancis, Jalouse: “Saya benci bergambar. Saya tak pernah lihat gambar saya. Mungkin kerana saya sendiri yang tidak mahu melihatnya. Jika saya melihatnya, saya mungkin mahu menukar semua gambar itu. Saya lebih suka tidak melihat gambar sendiri. Kerana itu saya selalu mendapatkan khidmat jurufoto profesional kerana percayakan hasil kerja mereka.”

Dalam wawancara dengan FoxNews.com sebelum ini, Megan mengakui bukan senang untuk menjadi ibu. Tetapi dia tetap berusaha untuk mempunyai anak sendiri.

“Walaupun sukar untuk menjadi ibu, saya tetap ingin menimang anak sendiri.

Saya yakin boleh menjadi ibu yang baik kerana saya jarang bersosial, sebaliknya suka duduk di rumah,” katanya.

“Saya tidak pernah menghabiskan masa dengan berparti semata-mata. Kerana itu, saya yakin, tidak banyak yang perlu saya ubah untuk menjadi ibu,” katanya.

Bintang Transformers yang seksi itu menunjukkan peranan berbeza dalam filem romantik komedi, “Friends with Kids”, mengenai dua orang sahabat baik (Jennifer Westfeldt dan Adam Scott) yang mempunyai anak bersama tetapi mahu mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012