HIROSE (kanan) duduk di sebelah seorang penyelidik yang melihat biskut
kecil yang dipegangnya kelihatan besar menerusi gogal yang dipakainya di
sebuah makmal di Tokyo pada Sabtu lalu.
TOKYO - Sekumpulan penyelidik Universiti Tokyo, Jepun berjaya mencipta gogal untuk digunakan semasa diet bagi tujuan untuk menguruskan badan.
Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar.
Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut kecil tersebut kepada komputer.
Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang kecil itu.
Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus.
Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka kelihatan 50 peratus lebih besar.
Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk memperdayakan minda manusia.
Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. - Agensi