TENANG...Zack dibawa ke luar mahkamah selepas didakwa, semalam.
SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati
apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan
mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara,
dekat sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain
Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6,
Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26
Januari 2010.
Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta
Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta
sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.
Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal
dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar
kelabu dan jeans.