Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah
kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu
otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan
dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di
sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan)
menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan
sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai
kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan
kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal
lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg.
menggunakan tangan kanan.
Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa
sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan
orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam
sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke
kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya
terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.