SEREMBAN: “Rasa susu yang sedap menyebabkan
saya menjadi ketagih dan kurang berminat dengan minuman lain hingga
kadangkala tidak perlu makan sehari suntuk,” kata Farah Sauffiah Rahmat,
yang masih ‘setia’ menghisap susu botol walaupun usianya kini sudah
mencecah 14 tahun.
Pelik tetapi itulah hakikatnya apabila Farah yang juga pelajar tingkatan
dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat, di sini,
sanggup membeli susu tepung menggunakan wang poket sendiri demi memenuhi
tabiat peliknya itu.
Anak ketiga daripada empat beradik itu kebiasaannya minum hampir 15
botol sehari dan dia juga gemar meratah susu yang dianggapnya terlalu
enak berbanding minuman lain.
Menurut Farah, ketagihannya sejak kecil itu menyebabkan dia perlu
‘menyusu’ hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah atau
sekolah.
“Bagaimanapun, saya hanya minum susu botol ketika berada di rumah yang
dianggap sebagai keperluan walaupun ada menjamu makanan lain sama ada
masakan ibu atau kantin sekolah.