Body Sugaring adalah kaedah membuang bulu yang tidak
dikehendaki yang digunakan oleh Ratu Mesir iaitu Cleopetra yang terkenal
dengan kecantikannya. Cleopatra dikatakan akan memanggil pakar Body
Sugaring ini setiap bulan. Bahan yang digunakan ialah Gula, minyak, dan
lemon yang dicampur. Ramuan yang digunakan oleh ratu mesir tersebut
adalah bahan yang semulajadi yang boleh dibuat di rumah sambil
menjimatkan wang, membuang bulu yang tidak dikehendaki dengan cepat dan
tahan lama.
Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk menghilangkan rambut dari tubuh
anda. Elektrolisis adalah satu-satunya kaedah kekal. Semua kaedah
sisa-cukur, waxing, mencabut, menggunakan ubat, Sugaring, dan
sebagainya, adalah untuk sementara.
"Sugaring", merupakan amalan menggunakan campuran gula, tidak perlu
dilakukan sekerap mencukur. "Sugaring" juga kurang berbahaya daripada
mencukur. Anda boleh menggunakan gula tubuh buatan sendiri untuk
menghilangkan rambut dari mana saja pada tubuh anda. Namun, dengan
menggunakan kaedah “Sugaring” adalah lebih baik daripada mencukur. Walau
bagaimanapun “Sugaring” sedikit menyakitkan.
Untuk membuat buatan sendiri “Sugaring”, anda hanya akan memerlukan
beberapa bahan murah. Anda memerlukan satu cawan gula putih, satu suku
cawan madu, dan satu aun jus lemon. Anda boleh menambah sedikit molase
jika ada untuk membuat campuran yang pekat. Tapi itu tidak perlu.
Letakkan semua bahan dalam bekas microwave yang kecil. Campur bahan
bahan tersebut, walaupun agak sukar . Microwave kan campuran dalam
setting yang tinggi selama beberapa minit. Selepas itu bahan di dalam
bekas microwave tersebut akan menjadi panas dan melekit, kacau sehingga
sebati. Jika campuran tersebut sudah lembut, ianya sudah sedia untuk
digunakan. Jika tidak, microwave lagi selama 30 hingga enam puluh saat.
Keluarkan dari oven microwave dan biarkan hingga sejuk sedikit. Campuran
“Sugaring” harus hangat, tetapi tidak terlalu panas pada saat anda
menggunakannya.
Untuk menggunakan campuran tersebut anda memerlukan batang ais krim atau
spatula. Anda juga akan memerlukan beberapa jalur/strip kain cotton
atau muslin. Kain cadar lama amat sesuai digunakan. Jalur/strip kain ini
kira-kira tiga inci lebar dan satu kaki panjang adalah disyorkan untuk
mendapat kesan yang baik.
Sekarang, untuk menghilangkan rambut di kaki, ketiak, dan sebagainya,
pastikan kulit anda bersih dan kering. Kemudian, gunakan batang ais
skrim atau spatula untuk menyebarkan lapisan tipis “Sugaring” tersebut.
Letakkan jalur/strip dari bahan kain cotton atau kain muslin di atas
“Sugaring” tadi sehingga benar-benar tertutup. Gunakan tangan anda dan
gosok ke atas material. Lakukan ini beberapa kali untuk menekan kain ke
dalam “Sugaring” tadi.
Anda sekarang sedia untuk menghilangkan bulu. Pegang hujung material
tadi. Kemudian, tarik dengan cepat melawan arah bulu tersebut. Kerana
anda menarik bulu dari akar-akarnya, proses ini akan menyengat sedikit.
Tapi, menyengat hanya berlangsung sementara.
Teruskan proses hair removal menggunakan “Sugaring” sehingga anda telah
mencabut semua bulu yang anda inginkan. Anda boleh menggunakan semula
material kain tadi beberapa kali sehingga ianya tidak berfungsi dengan
baik lagi. Gunakan jalur/strip yang baru. Jika “Sugaring tadi menjadi
keras, microwave kan ia semula selama 30 saaat.
Apabila anda telah selesai menggunakan “Sugaring” di tubuh anda, anda
perlu mencuci sisa dari kulit anda dengan air hangat dan air sabun.
Sapukan pelembab yang baik untuk kulit anda untuk membantu mengisi
minyak yang hilang dan menenangkan kerengsaan.
Cara terbaik untuk menyimpan sisa gula tubuh adalah untuk menyimpan
didalam bekas microwave dan tidak perlu diletakkan dalam peti sejuk.
Jika anda ingin menggunakannya lagi, microwave kembali. “Sugaring” tahan
lama mengikut sukatan yang anda buat.