GLAM Lelaki edisi Mei/Jun
2012 yang kini sudah pun berada di’pasaran menampilkan Nora Danish
sebagai figura pilihan mereka untuk di’letakkan dalam ruangan Wanita
Idaman dan ya, mereka tidak salah sama sekali.
Di tanya manakah yang lebih penting ketika ini buat Nora Danish, pelakon
wanita yang semakin menempa nama ini berkata beliau lebih mengutamakan
keluarga walaupun kedua duanya sama penting buat masa ini.
Melihatkan kepada gaya Nora Danish dalam hasil fotografi bersama GLAM
ini, tidak ketinggalan mereka bertanyakan sama ada Nora Danish pernah
merasakan dirinya seksi atau tidak. Jawapannya, “Anda rasa?”
Dan, Nora Danish tidak ketinggalan memberikan nama tiga lelaki yang
menjadi pilihan beliau. Mahu tahu lebih lanjut apa bicara terbaru Nora
Danish, dapatkan naskah GLAM Lelaki dipasaran sekarang.