Haiwan Sebesar Biri-Biri Pernah Tinggal Di Pokok

BLACK merakamkan gambar tulang rangka seekor haiwan sebesar biri-biri yang ditemui di Tapak Warisan Dunia Riversleigh di Queensland 

SYDNEY - Australia pernah mempunyai haiwan yang sebesar biri-biri dan tinggal di dahan pokok kira-kira 15 juta tahun lalu, kata seorang ahli paleontologi, Karen Black semalam. Black berkata, anggota-anggota penyelidikannya telah menemui fosil haiwan itu di Tapak Warisan Dunia Riversleigh di Queensland. Kerja-kerja untuk mencari fosil itu telah dilakukan sejak tahun 1993. Beliau berkata, haiwan itu seberat 70 kilogram dan mempunyai pertalian dengan wombat yang merupakan haiwan seperti beruang. Black menyatakan ia mungkin haiwan memanjat pokok yang terbesar pernah wujud ketika itu. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012