USAI melahirkan anak perempuan hasil perkahwinan
dengan Raul Lemos, Krisdayanti memutuskan untuk menyedut lemak agar
tubuhnya kembali seperti dahulu. Perubahan ini bagaimanapun tidak
disedari suaminya, Raul.
"Suami saya tidak ada masalah, tetapi dia sempat terperanjat dan tidak
menyangka. Dia sebenarnya suka bahagian pinggang saya yang agak besar,"
akui Krisdayanti yang mesra disapa KD.
Keputusan KD untuk membuat rawatan sedutan lemak dengan cara laser
dilakukan demi membahagiakan Raul. Buat KD, wang bukan satu isu besar.
"Kita perlu membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan doktor yang
berpengalaman dan bersesuaian. Tapi jangan pula korbankan diri
semata-mata mahu murah. Di luar negara (kos pembedahan kosmetik) mahal,
di sini (Jakarta) lebih murah," katanya.
Usai menjalani rawatan tersebut, bekas isteri Anang Hermansyah ini masih
perlu menjalani proses rawatan yang lain. Meskipun proses rawatan
tersebut adalah berbahaya, KD tetap mahu melakukannya demi tampil
cantik.